BlackRock ialah sebuah syarikat pelaburan multinasional Amerika. Ia adalah pengurus aset terbesar di dunia, dengan aset $10 trilion USD (RM 47,455,000,000,000) pada 31 Disember 2023. Ibu Pejabat di New York.
BlackRock telah memperkenalkan produk pelaburan baharu yang dipanggil iSHARES Bitcoin Trust ETF (IBIT39) pada B3 (iaitu bursa saham utama Brazil).
Yuran bagi menguruskan pelaburan ini pada mulanya ditetapkan pada 0.25%. Walau bagaimanapun, apabila jumlah aset dana mencapai $5 bilion, yuran pengurusan akan turun kepada 0.12%.
